Saturday, May 8, 2010

Islam Pilihan Saya:Mengharap Hidayah paling mahal..

Assalamua'laikum w.b.t


Dah lama xupdate blog.Mohon maaf dipohon kepada semua pengunjung yang tidak jemu-jemu menjenguk.Pastinya mengharap sesuatu yang baru dapat dikongsi bersama.InshAllah, moga Allah permudahkan segala urusan.

Jika dikaitkan dengan Allah al-Haadi;Allah yang Maha Memberi petunjuk bermakna Allah yang Maha memberi petunjuk.Memang benar,hidayah yang diberikan tidak kepada orang-orang tertentu tetapi kepada sekalian umat Nabi Muhamad S.A.W dan umat-umat sebelumnya.Beberapa tokoh ilmuan yg dulunya jahil tentang agama,mencari2 keEsaan Tuhan,kini menjadi seorang ulama yg mendalimi ilmu agama dan berdakwah dengannya.

Min Keller

Mulanya,Nu ha Min Keller adalah warga Amerika beragama Kristian dan memeluk Islam setelah beliau mengkaji dan mendalami islam.Sebelum memeluk Islam,beliau sentiasa dalam pencarian untuk memilih agama ketuhanan yang benar.
( Shaikh Nuh Ha Mim Keller memakai jubah putih bersebelahan shaikh Hamzah Yusuf )


Setelah memeluk Islam,Min Keller menjadi penterjemah buku-buku Islam dan pakar dalam bidang perundagan Islam.Terjemahan Kitab Umdat Al-Salik sebuah kitab syariah pegangan mazha shafiee' dalam bidang syariah boleh dianggap paling mashyur.'Reliance of the Traveller' adalah kitab perundangan Islam dalam bahasa eropah yang pertama menerima pengiktirafan dari Universiti Al-Azhar.

(petikan dari Majalah Milenia Muslim)